Aku tau, korang kebanyakkannya tak biasa menggunakan sistem Wordpress 2.5 ini. Yang sebenarnya tak susah pon nak hantar gambar, macam attach gambar dalam emel je. Sebelum itu adalah dinasihatkan korang menggunakan Mozilla Firefox, Opera ataupun Internet Explorer Version 7.0 kerana aku dapat tau sistem ni masih belum dapat atasi kelemahan Internet Explorer version 6.0. Ikut langkah-langkah ni:
- Log masuk dulu bagi yang dah daftar. Sekiranya belum, silalah daftar.
- Sekarang korang dah masuk dalam Dashboard Photo Kita. Di sebelah kanan korang akan nampak Write Post. Tekan situ. Seterusnya?
- Seterusnya ikuti langkah bergambar ini (tekan pada gambar untuk lebih besar):
Aku tekankan kat sini, PILIH SATU KATEGORI SAHAJA supaya lebih senang diurus. Tapi TAGS boleh letak banyak-banyak.
Setelah korang tekan Insert into post, semak semula sekiranya ada sebarang kesilapan. Tekan Publish setelah puas hati. Nah, gambar korang tersiar di muka depan Photo Kita!
Start Slide Show with PicLens Lite



