Beberapa tahun dulu, kamera hanya kamera, pemain MP3 hanya pemain MP3, telefon bimbit pun sama. Tapi sekarang camera digital dating dalam macam2 jenis. Kalau ade sesapa yang selalu masuk lelong.com.my mesti ade nampak MP3 player made in China yang boleh main game Java, MP3 dan kamera sekali. Telefon bimbit pun dah mengalami revolusi yang sama. Kebanyakkan telefon yang baru keluar mesti ade kamera untuk gambar & 3G.

Telefon berkamera sebenarnya salah satu segmen digital kamera yang paling laris dijual dalam pasaran dan dengan kualiti yang semakin baik diberikan oleh pengeluar telefon berkamera, lebih besar saiz megapixel, lensa bermutu dan kapasiti yang lebih tinggi, sesetengah orang menganggap ianya adalah lebih berkualiti berbanding dengan pengeluar kamera digital biasa lain. Aku rasa korang semua pun kebanyakkannya lebih banyak menangkap gambar dengan kamera telefon berbanding kamera digital.

Tapi malangnya tak semua gambar yang korang tangkap dengan telefon kamera tu cantik. Kebanyakkannya tak dapat hasilkan gambar yang berkualiti. Ini berkemungkinan sebab kamera itu rendah kualitinya, dan mungkin juga kurang teknik yang betul. Jadi, aku nak tekankan beberapa teknik penting untuk tangkap gambar guna kamera telefon.

Tangkap Gambar Seberapa Dekat

Salah satu kesilapan bila tangkap gambar dengan kamera telefon ni adalah subjek yang korang nak tangkap tu terlalu kecil, tak dapat dikesan dengan jelas pada jarak jauh. Gambar-gambar dari kamera telefon ni jadi kecil sebab resolution yang rendah, jadi penuhkan ruang lensa dan jangan gunakan zoom bila tidak perlu. Zoom boleh digunakan kemudian semasa diedit semula, kualiti akan berkurangan kalau gunakan zoom.

Perlu diawasi, sesetengah kamera akan menghasilkan gambar yang sedikit herot. Kadangkalanya kamera yang tidak ada macro atau close focus akan mengalami masalah ini.

Jangan Edit di Kamera

Memang seronok bila edit gambar dengan kesan khas yang ada dalam telefon, tetapi kalau edit didalam computer akan menghasilkan kualiti yang lebih bagus! Ambil gambar dengan warna yang tinggi resolusi untuk dapatkan kualiti terbaik.

Nak buat hitam putih tu dengan Picasa, 1 klik sahaja kan, tapi kalau dah buat hitam putih di kamera, tak boleh nak patah balik ya.

Jangan Buang Gambar Yang Silap

Ingat ya, sesetengah kamera, kualiti skrinnya tak sama dengan skrin computer. Jadi kalau boleh simpan gambar tu sampai korang pindahkan gambar ke komputer, baru buang. Kadangkala gambar yang salah dan kabur ni jadi abstrak dan berguna.

Aku mengantuk, bersambung..


Subscribe to comments Comment | Trackback |
Post Tags: ,

Browse Timeline


Add a Comment


XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>



© Copyright 2008 Photo Kita . Hosted under DataKL Solutions Thanks for visiting!